Blogger Templates

Friends

Thursday, 24 May 2012

so sorry.. =(

terima kasih sayang,
pernah pinjamkan rasa cintamu untukku,
aku akan belajar hidup tanpamu,
biarkan hati berbicara derita,

if u said love is hurt,
to me, the feeling's keep remain so hard,
i will love you forever,
i'm not going to find another,

maaf dulu aku pernah menyakiti,
janji untuk tidak berulang lagi,,
kau buang jauh ke tepi,
hariku ditemani kenangan untuk ditangisi,

Sunday, 15 January 2012

cinta kontrak 6 bulan (haha!) GGM..

bermulanya sebuah cerita,
tatkala datangnya untuk menimba ilmu,
ilmu mahu penuh di dada,
mulalah antara aku dan dia,

berbual mesra , salam perkenalan,
kedua-dua hati menginginkan pasangan,
akhirnya terjadi sebuah perhubungan,
cinta kontrak 6 bulan,

tersenyum melihat engkau di sana,
hati berdebar mahu berjumpa,
bila orang melihat kita bersama,
malu lah nak kata apa!

semakin hari hati tak keruan,
kawan-kawan sudah mula perasan,
cinta kita jadi bualan,
inilah cinta kontrak 6 bulan,

maluku, ku tahan,
demi cinta kontrak 6 bulan,
segala sindiran ku telan,
untuk cinta kontrak 6 bulan,,

mencintai, berada di samping yang abadi

di saat cintanya berlalu pergi,
kau masih menemani diri,
tatkala air mata membasahi pipi,
Kau tidak meninggalkan aku walau seinci,

cintamu kekal abadi,
membawa kebaikan kepada diri,
syukur nikmat kerana aku masih mengingati,
Tuhan yang menciptakan diri,

sendirian dan keseorangan,
diri ini bagai tiada bimbingan,
terlalu banyak yang perlu difikirkan,
akhirnya aku duduk, menadah tangan,

Ya Allah, pernah dulu aku melupakanmu,
keasyikan duniamu melalaikanku,
imanku tergugat melihat yang sementara,
sedangkan yang kekal menanti di sana,

aku mahu mencintaiMu lebih dari segalanya,
sebelum aku menutup mata buat selamanya,
terimalah taubatku Ya Allah!