Blogger Templates

Friends


Tuesday 20 December 2011

akan aku kuat untukmu,,

kau dibayangi sejarah lama,
kau takut untuk melihat cerahnya cahaya,
kau terlalu lama memendam rasa,
kau, akan ku nanti selamanya,

ingin sekali ku kucup halus bibirmu,
ingin sekali ku belai lembut dirimu,
niatku terhenti tatkala tangisanmu,
menusuk derita dalam diriku,
kesedihanmu dirasai seperti peritnya nafasku,
inginku ucap cinta tapi ku tahan,

aku cuba menguatkan hatiku,
agar bertahan dengan dirimu,
walaupun peritnya badai,
tawamu ku nanti hingga saat ini,

jiwaku tercabar sayang,
tatakala aku menginginkan kebahgiaan,
kau masih dirundung penderitaan,
cerita lamamu tidak akan ku ulang,
percayalah, diri ini untuk kau seorang,,

aku amat mencintaimu sayang..

benarkan aku menyentuh hatimu,
supaya engkau berbahagia selalu,
benarkan aku mencintai dirimu,
supaya hilang kesakitan yang lalu,

tidak akan kusiakan walau sedetik,
dirimu adalah yang terbaik,
serikan wajahmu dengan senyuman yang menarik,
membuat hatiku sentiasa berdetik,

biarpun malam berganti siang,
siang berganti malam,
dirimu sentiasa terngiang-ngiang,
menyempurnakan hari ini dan semalam,

hatiku tidak dapat ku tahan,
dari mencintaimu wahai pujaan,
ketiadaanmu menjadi menjadi igauan,
aku mahu dirimu menjadi peneman,,

Sunday 18 December 2011

knp kene pakai shoutbox, bkan shoutmix??

hye..=) ngee~~ assalamualaikum,,ok,, bace tajuk uh. pkir blek, shoutbox ke shoutmix aku pnye eak?? hehe.. lek r. ta yah lha tngok tajuk uh macam na tembus lappy korang.. haha~~ gurau2.. ok.. ain rase ramai yan pakai shoutmix dari shoutbox, spe2 yng pakai shoutmix, msti perasan kat atas uh ad tulis, "important notice" hmm.. cer tngok korang pnye,, msti ad.. ok.. dulu pun ain pakai shoutmix, tapi skng bile korang da bkk web dier, korang akan tngok home dier camnei "klik3!" korang pnye yng classiq design, ain ad jgak test yng baru, lagi ssh sbb na kene msukkn itu lha, ini lha, itu akan membuatkan visitor korang bengang.. huhu.. ok.. ain nasihatkan korang pakai shoutbox.. klik3! mcam ain pye, function dier sme je.. =)

Saturday 17 December 2011

doa ketika kedatangan haid..

assalamualaikum..=) hye.. hmm.. tngok tajuk pn da tau kan?? ok. mle2 ain ingatkan na scan, memandangkan scan uh plak ta install lgi sbb lappy pn bru format, so, ta dpat lha na bg korng tulisan jawi. ok ain bg mksud dye je.. =).. jngn lha sedih.. huhu.. ok2. doa nie bce mase korng datng haid (prmpuan) =P sbb mse kite datang haid, kita ta dapt na kumpul pahala smbhyng sume2 uh, ayat nie dpat tmbah phale kite..


segenap puji bagi Allah dalam setiap keadaan, dan ku memohon ampun dan taubat kepada Engkau daripada dosa..

     selamat beramal..=)

Friday 16 December 2011

dulu, ketika, kini, akhirnya,,

dulu.
kau mengimpikan aku,
kau pujuk rayuku untuk menerimamu,
kau berharap kita akan bersatu,
kau berusaha membuka hatiku,

ketika,
aku menerima segala yang kau cipta,
aku mengharapkan kau bersama,
aku sedia menyayangimu selamanya,
aku mahu engkau membina mahligai cinta,

kini,
kau membiarkan aku pergi sendiri,
kau kata akan ada lelaki yang menanti,
aku menginginkan hanya kau di hati,
aku mahu kamu hingga mati,

akhirnya,
cerita yang kau reka,
musnah bersama angan yang ada,
aku yang mula menginginkan cinta,
kau yang menjauh dari semua,,

Wednesday 14 December 2011

cuak lak ai.. na bt pe nie?? post2 blogger Malaysia kat Indonesia??

hye.. assalamualaikum.. =) sttp.. pebende uh?? straight to the point lha.. korng nie.. hatoyai.. hari nie ain na bgtau pasal link2 blog blogger Malaysia yng smpai ke Indonesia.. ta cye?? ta cye sbb korng ta kne.. cbe korng kene,, haa.. msti cuak.. in your mind, msti fikir.. cne link bleh smpai sne?? yng pling best, siap ad salah satu post yng kite buat.. waaa~~ cam menarik jer.. ain cakap bnde nie, sbb ain kene.. huhui~~ haa.. na tngok web die,klik nie.. ok.. mle2 ain g kat google. gatal2 tngn taip lha missmulansepet.. pastue, atas2 tue sume link ain,, smpai bawah. kuar forum indonesia,, waahhh. da hebat. sampai Indon ain pye link.. (hebat mendenye!!) na menangis cari sourcesnye.. haha.. ok.. btw, ain ad jmpe link2 blogger yg lain.. it might be u?? ain ta tau.. tp ain ad snaraikan,, so, klik2 lha,, mane lha tau. korng pun kne cm ain. =)

haa.. nie senarai dier.. ain pye post ygn diorang aim, yng nie,  klik sini..!! ok,, byak lagi blog2 yng ain tngok, ain perasan,, kbanyakan post yng diorang aim, berdasarkan tajuk post korng, contoh, macam ain, cerita cinta kelakar,, ok, diorang aim, KELAKAR, so, byak tajuk post yng ada perkataan KELAKAR ad.. =)

Sunday 11 December 2011

kawan..


kita mungkin terasing dahulunya,
tetapi takdir Tuhan tiada siapa yang menyangka,
kau, aku, dia, dan semuanya,
menjadi sebahagian daripada cerita,

pernah dulu aku mengalirkan air mata,
kau datang dan menjadi bahan tawa,
membuatku senyum, kau puas bercampur bahagia,
tidak mungkin kenangan itu dibuang sahaja,

kaulah senang, kaulah susah,
walaupun ada diantara kita yang terpisah,
tetapi ikatan tidak mungkin musnah,

aku berjanji aku tidak akan melupakan,
susah senang, tangis tawa, semua kenangan,
bukan semua memori terasa kemanisan,
kau juga pernah memberikan rasa kepahitan,

berusaha bersama-sama memberikan kejayaan,
terharu jika dapat tumpang sebahagian,
menangis kebahagiaan melihat senyuman,
sebuah persahabatan yang berkekalan,

sumpah dan janji dari diri ini,
sungguhpun hati kecil, rapuh lagi,
aku dan kau, semuanya tersemat di hati,
kaulah sahabat sejati yang tak mungkin berganti,,

Saturday 10 December 2011

jangan sakitkan aku lagi..

kau datang tatkala senang menemani,
kau pergi tatkala susah menemani,
diri ini terasa dipermainkan,
kau biarkan aku menangisi keadaan,

sudah puas ku pujuk rayumu,
air mataku sudah kering untukmu,
kekecewaan terus berbekas dalam hatiku,
tidak mahu lagi aku terus membuang waktu,

membawa diri bersama air mata,
kau bukan pasanganku selamanya,
hakikat itu harus ku terima,
tiada madu, hanya racun semata-mata,

pernah dulu kau, aku panggil sayang,
tetapi kau tidak memandang,
kau menggunakanku untuk bersenang,
sedangkan aku mahu terus kau sayang,

jangan sakitkan aku lagi,
cuma ini permintaan di hati,
jangan pernah mencari diri ini,
aku tidak mugkin bersamamu lagi,

wahai bunga, pandanglah aku di sini,,

sudah lama ku impikanmu,
wahai simanis lagi ayu,
sungguhpun ku tahu,
yang mengimpikanmu bukan cuma aku,

wahai bunga, pandanglah aku di sini,
hatimu tidak mungkin ku sakiti,
tidak akan ada air mata yang jatuh ke pipi,
aku akan pastikan bahagia menanti,

wahai bunga, pandanglah aku di sini,
aku mengintaimu hampir setiap hari,
kau membuat hariku bertambah seri,
kapanlah hatimu dapat ku miliki,

senyumanmu membuat hatiku gementar,
lirikan matamu, ku gundah bercampur gentar,
aku menginginkanmu walaupun sukar,
tidak dapat memilikimu, hatiku gusar,,

hati yang pernah kau sakiti,

aku sudah cuba kuatkan hati,
agar dapat menerimamu kembali,
tetapi setelah apa yang terjadi,
kita bukanlah pasangan yang serasi,

kurelakan kau bersamanya,
walaupun hati tak rela, tapi ku cuba,
tersenyum pahit melihat kau dan dia,
tapi kau masih menanti peluang kedua,

ku tinggalkanmu kerana sayang,
bukan si dia menjadi penghalang,
cinta dulu perlahan hilang,
sisa kenangan sudah lama ku buang,

menangis sendirian,
termenung melihat keadaan,
akan ku cuba pulihkan keadaan,
walupun sukar untuk bertahan,,

maaf dari hati..=)

memori lama terkenang kembali,
mengalir air mata ke pipi,
tidak dapat ku tahan air mata ini,
ku tunduk mengesat kekecewaan bersemadi,

aku menolak cinta sucimu,
aku membantah kata manismu,
aku keraskan hati untuk dirimu,
aku tidak mahu engkau di hatiku,

engkau merayu supaya diterima,
sayang, cintamu memang tiada bandingnya,
engkau mencairkan maruah demiku,
engkau membiarkan aku menghinamu,

perasaan cintamu bertukar dendam,
terhadap semua wanita, hatimu kelam,
aku yang membiarkan bencimu mendalam,
kau mempertaruhkan dirimu untuk kenangan semalam,

aku salah dalam menilai diri,
aku mohon maaf dari sudut hati,
aku tahu kau tak mungkin berpaling lagi,
setelah aku melukai hati seorang insan yang sejati,,

Friday 9 December 2011

kesakitan di sisi, kebahagiaan menanti..

kau mengadu kesakitan,
penuh dengan rintihan dan kesedihan,
sungguh aku kasihan,
hidupmu penuh kesengsaraan,

bersabarlah dalam menghadapi ujian,
semua ini daripada tuhan,
untuk menguji kamu yang beriman,
Dia tidak akan beri ujian di luar kemampuan,

sayu hatiku melihatmu begitu,
tiada apa yang termampu dibantu,
hanya secebis kasih sayang daripadaku,
aku harap akan menjadi penguat semangatmu,

aku tetap berada disampingmu,
walaupun dalam keadaanmu begitu,
tidak terfikir untuk meninggalkanmu,
kerana bagiku,
hanya engkau kekasih hatiku,,

permata itu..

tidakkah kamu merasa,
dirimu itu sangat berharga,
lebih berharga dari permata,
kerana kamu idaman para jejaka,

belajarlah untuk menghargai diri,
kerana kamu tidak dilahirkan untuk mengorbankan diri,
kamu berhak untuk mencintai dan dicintai,
tetapi tidak untuk menggugat maruah diri,

penuhilah hidup dengan ajaran tuhan,
jadikannya sebagai pedoman,
biarkan masa silammu menjadi pengajaran,
buatmu berhati-hati di masa hadapan,

jangan terlalu bersungguh dalam bercinta,
kerana kamu masih terlalu muda,
banyak lagi yang boleh digapai di sana,
banyak lagi pengalaman yang perlu ditimba,,

Thursday 8 December 2011

blup-blup follower.. hehe.. await tinggal brpe jea??

hye.=) ngee~~ hehe.. bt pe? da mdy? shat ta? da mkn? hehe.. lelah na jawab satu-satu.. ok2.. hmm. semalam ain baru buat shoutmix, (baru buat?? orng len da ta pandang da bende uh) haha. untunglha ,, awak pndai bt, ain ta pndai bt,, =P.. ok.. ain hide shoutmix uh skli.. then, ble ain view, shoutmix uh bleh berjalan sampai ketengah plak.. haha..kalo korng panas nengok bende uh, smpai ketengah, korng off lappy uh, lappy tue ta panas, korng pun ta panas,, hahaha!! (gelak jahat)  pastue tibe2 ain tngok follower tinggal 43.. where's the rest?? na nges pun ad. all the effords, all my love in this blogger, haha.. (mengayat lha plak) =P.. rse cam. hmmm.. knp la bnd nie jd!! marah.. last2 ain sign out, n let the problem settle, n pada pagi yang mulia n sejuk nie~~ ain jmpe blik follower ain..=) ngee~~ hehe.. syang korng sume.. muah3! hehe.. ta ckop?? penyepak na?? haha. just kidiing.. bbye..<3 love u followers!!

Tuesday 6 December 2011

macam nie lha hari-hari..

bangun pagi lewat lagi,
pakai baju, capai kunci,
jangankan na mandi,
berus gigi pun ta sempat lagi,

masuk kerja pukul 8.00 pagi,
habis kerja kawan ajak joli,
balik pukul 1 pagi,
jangan tanya kenapa esok bangun lambat lagi,

makin lama makin menjadi-jadi,
bila lha diri nie na berubah sendiri,
sejuk hati mak aku nanti,

belajar daripada syaitan..



Syeikh Abdul Kader Jailani,
         
pada suatu hari, beliau tertidur hingga tidak sedar untuk solat subuh, tatkala itu, syaitan yang menjelma menjadi seekor kucing,  menggigit ibu jarinya untuk  mengejutkan beliau untuk mengerjakan solat subuh, beliau yang mengetahui itu adalah syaitan, bertanya kenapa syaitan itu, mengapa  mengejutkannya untuk bersolat subuh,  syaitan berkata kepadanya, bahawa, dia tidak mahu Syeikh Abdul Kader untuk mengerjakan ibadah lain sekiranya beliau tidak mengerjakan solat subuh.., Syiekh Abdul Kader akan menampung dosa tidak mengerjakan solat subuh dengan ibadat sunat lain.. =)

Sunday 4 December 2011

cerita cinta kelakar,,

pertame kali tengok sorang awek nie,
dye punye lawa, pergh! giler babi,
aku jumpe dye kat FB,
pastue aku anta msej peribadi,

selang berapa minggu,
dye balas mesej aku,
dye kate dye suke kat aku,
aku pun suke lha time tue,

aku ajak jumpe,
dye bleh cakap pe??
jom lha, ape salahnye,
dalam hati aku, "bertuahnye"

aku pun jmpe lha,
yang ta bleh blah,
gamba profil dye uh ntah spe ntah,
rpenya aku da kne tipu da..=)

cinta, cinta, cinta,,

hati memerlukan kasih sayang untuk menghidupkannya,
jiwa memerlukan rohani untuk menenangkannya,,
aku memerlukan kamu untuk menyempunakannya,
cintaku dan cintamu diperlukan untuk menyuburkannya,

kasih sayang memerlukan perhatian,
cinta memerlukan pengorbanan,
aku memerlukan kamu wahai pujaan,
sebagai pelengkap sebuah perhubungan,

akan ku jalani hari-hari,
bersama dirimu tanpa rasa sangsi,
selagi kamu berada di sisi,
sepi dahulu tidak bersamaku lagi,

aku bahagia bersamamu,
kerana kamu separuh dariku,
siang malamku,
sepanjang hidupku,
hanya untukmu cinta,,

Tuesday 29 November 2011

jawapan kepada kenyataan

koe nieh da ckop bagus ke na nasihat orng??
=lebih baik aku yang ta baik nie na brubah jadi baik drpda ta berubah langsung..

komfirm ke koe nie msok syurga na nasihat orng??
=memey r ta comfirm, tapi aku na masok syurga..

koe jaga tepi kain koe, aku jaga tepi kain aku, ta payah na nasihat orang
=ok, kalo camtu, mse koe mati nieh, ta payah dok panggil orng soh kafankan koe, koe mandy sndri, kafan sendri..

aku bleh buat ape aku suke, dalam islam ta ada paksaan
=statement nieh untuk orng yang na msok islam je.. that mean, dalam islam, spe2 pun bleh masuk islam..

Sunday 27 November 2011

i will love you for a thousand years

for the first time we be together,
i want you to come closer,
so much thing to be remember,
you're the one for me forever,

staring at your eyes,
no more choice like a dice,
look at your smiles,
i had this world for a thousand miles,

i will love you for a thousand years,
i will make sure no pain, no tears,
breath my love and feel it in your heart,
i will stay with you either it's easy or hard,

you make my dreams come true,
you make my dream become reality,
all that we had been through,
become a sweetest memory,,

Saturday 26 November 2011

all you know is just to be liar!!

you said that you're single,
but they said that you're couple,
you said that you like me,
but they said that you're like many,

you're said that i'm the luckiest,
because i got a boyfriend like you,
bu they said that i'm the unluckiest,
because i got a playboy like you,

u're said that you're like this,
but they said you're like that,
all you know is just to be a liar,
all you know is just to be a liar,

you and they make me confused,
they said like that,
you said like this,
all you know is just to be a liar..

Friday 25 November 2011

2 jejaka, 2 cerita cinta, dalam 1 hati wanita,,

di sana memberi cinta,
di sini memberi sayang,
si dia tak pernah berdusta,
si dia tak pernah curang,
si dia disana membuat hati sentiasa ingin bersama,
si dia disini membuat diri seperti ingin terbang,

2 cerita cinta yang berbeza,
kau di sana berharap diri ini untukmu selamanya,
kau di sini mengimpikan di ri ini  menemani di syurga,
kedua-duanya setia bersama,
walaupun tidak mengetahui keadaan sebenarnya,

hati yang dimiliki wanita,
susah untuk difahamkan semua,
bukan untuk memainkan perasaan jejaka,
tetapi untuk mengelakkan dari terluka,,

sayang!!

termenung aku melihat awan berarak,
suasana yang sungguh damai dan menenangkan,
tidak pernah berasa sesak,
membuat aku berada dalam kenangan,

sungguh! inilah yang ku inginkan,
bersamamu dalam apa jua keadaan,
tidak akan terpisah irama dan lagu,
begitu juga kau dan aku,

tidak  lekang dari memikirkanmu,
membuat diriku tersenyum selalu,
bahagia datang dan berdamping denganku,
perasaan hanya aku seorang yang tahu,

bulan dan bintang tidak lagi menemaniku,
kerana mereka tahu tentang kau dan aku,
mengubah hidupku yang kesunyian,
diisi dengan penuh kebahagiaan,,

simpan kan sayang itu dalam hatimu..

rasa itu,
terlalu lama tersimpan dalam hatiku,
entah kenapa hari-hariku,
terasa hilang tanpa dirimu,

ingin ku ucapkan,
tetapi tak mahu bertepuk sebelah tangan,
akhirnya ku simpan,
sampai kapan tidak ketahuan,

aku inginkan dirimu,
jadikan hanya aku milikmu,
jangan biarkan aku hanyut tanpamu,
jangan biarkan aku kosong tanpamu,

akan ku lenakan malamku,
dengan asyiknya senyumanmu,
akan ku simpan selalu di hatiku,
biarpun tiada siapa yang tahu,,

terima kasih kerana membahagiakannya..

sesekali teringat akan dirimu,
bagaimana dirimu ketika aku jauh berbatu,
hati ini resah sekali memikirkanmu,
kalaulah aku berada di sisimu selalu,

ku pulang dengan harapan,
agar cinta kita temui kebahagiaan,
tetapi derita tiba bagai securah lautan,
terkapai-kapai aku mencari kekuatan,

kamu ditakdirkan untuknya,
semoga kamu berdua sentiasa bersama,
walaupun perit untuk diterima,
terima kasih kerana membahagiakannya,,

Monday 21 November 2011

dikala disisiku hanya air mata,

bermula dengan sesuatu yang indah,
tapi kenapa sekarang kau berubah,
bahagia hubungan dulu perlahan musnah,
kini tinggal luka yang parah,

kau menjanjikan sumpah setiamu,
kau mengaku hanya aku kekasihmu,
kau memberikan seribu satu perjalanan cinta,
kau membuatku merasa bahagia,

harapan dulu tinggal kenangan,
perasaan kini cuma sisa,
dalam sebuah cerita kehidupan,

terima kasih kerana pernah menjadi,
suri di hati ini,
dulu, ku hanya mahu kamu sampai mati,
kini, ku jalani hidupku tanpa kamu di sisi,

hari-hari, hari aku,

hari nie hari important to me,
buat aku feel aku the most happy,
all the everything i make mesti menjadi,
i'll never forget moment nie!!

hari nie aku holiday lagi,
aku cakap at bos, my head feel dizzy,
so, with senang hati,bos bagi aku cuti,
my bos is so baik hati,

aku pun take a chance to go to shopping,
aku tengok all the clothing,
aku pun buy la yang bling2,
dengan another one warna pink,

when i walk lagi tengok baju,
OhGod! my bos nampak aku,
dalam hati aku, what i'm supposed to do?
my head is so messy ta menentu,

takkan lha i'm gonna lari,
of course bos will suspect nanti,
bos notice me, and suruh aku berhenti,
bos cakap macam nie "u're fired without salary!!"

Sunday 20 November 2011

aku hanya untukmu, dan begitu juga padamu,

saat waktu itu bersama,
kenangan indah sering tercipta,
kau untukku,
dan aku untukmu,

segala yang dijanji,
sama-sama kita kotakan,
sayang yang dulu hingga kini,
semakin hari semakin berpanjangan,

hati ini milikmu,
kamu sebahagian dariku,
terima kasih tuhan, keranaMu, kami bertemu,
mensyukuri nikmat kasih-sayang itu,

segala terpendam kini diluahkan,
kau dan aku sebagai pasangan,
sumpah dan janji jadi pegangan,
semoga hubungan ini berkekalan,

Saturday 19 November 2011

jangan tinggalkanku sayang..

pagiku, bersamamu,
pemberi semangat untuk memulakan hariku,
petang ku bersamamu,
awan mengiring memayungiku untuk berjumpa denganmu,
malamku,
bulan dan bintang menemaniku seperti juga kamu,

aku dan dirimu,
bagai laut yang tak pernah berenggang dengan ombak,
aku kehilanganmu,
bagai hilang udara untuk bernafas,

hidupkan aku dengan separuh hatimu adalah aku,
jangan biarkan aku mati kerana kekeringan cintamu,
tidurkan aku dalam kehangatan pelukanmu,
bangunkan aku dengan kesejukan hembusan nafasmu,

Friday 18 November 2011

aku sayang kamu hingga mati..

saat mata ditutup suatu hari,
permintaan terakhir hanyalah kamu di sisi,
temani aku hingga hujung hati,
hatiku selamanya milikmu abadi,

tinggalkan cerita semalam,
kekecewaan terubat dek pengalaman kelam,
kebahgiaan kau beri buatku diam,
cahaya menyinari walaupun malam,

biarkan cubaan kunjung tiba,
hati ini kekal tegar bersama,
si pria yang dipuja-puja,
indahnya dunia jika berdua,

segala impian bercampur keinginan,
biarkan tinggi mencecah awan,
tak dapat digapai, tapi menjadi harapan,
semoga kita kekal berpanjangan..

tidak semua cantik itu cantik #2

maka berkumpullah semua perempuan,
yang cantik untuk menjadi pilihan,
puteri kecil menangis sedu-sedan,
semuanya bukan ibu kesayangan,

datanglah gerangan seorang wanita,
gemuk dan tidak pula cantik paras rupanya,
puteri kecil berlari dan mendakapnya,
tangisannya terhenti, terlihatlah senyumannya,

wanita itu adalah ibunya,
rakyat lain tertawa sahaja,
bagi puteri kecil, lawalah hendaknya,
wanita yang digelar ibu itu cantik rupanya,

puteri kecil melompat gembira,
ibunya seorang wanita yang jelita,
tidak terlihat pula kecantikannya,
tapi baginya, ibunya adalah segalanya,

tidak semua cantik itu cantik #1

tersebutlah al kisah dahulu kala,
di sebuah perkampungan yang jauh jaraknya ,
tinggal seorang wanita dengan puterinya,
mereka hidup tidaklah semewah mana,

kemudian pergilah mereka ke pekan,
untuk membeli keperluan seharian,
sedang berjalan membuat pilihan,
terlepaslah pimpinan tangan puteri kesayangan,

menangislah ia menunggu ketibaan,
tangisannya didengar dan menjadi perhatian,
ramai bertanya mengapa dia dalam tangisan,
puteri kecil memberitahu ibunya tidak ketahuan,

untuk memudahkan pencarian,
ramai bertanya bagaimana gerangan,
puteri kecil mula memberikan keterangan,
ibunya seorang yang amatlah cantiknya menjadi perhatian,

Sunday 30 October 2011

hate you!

i don't care about you,
you're the bad thing i ever had,
don't think i'm begging you,
cause, you are the one i hate most,


  who do you think you are,
  you're don't deserve to get me,
  yes, you are,
  you're not good enough to against me,

you're nothing to me,
no more tears for you,
try to fool me,
i'm so sick of you,


  i hold my grudge towards you,
  i will bet you with my own hands,
  i don't mind to lose you,
  don't think it simply will be end,


don't ever come back to me,
don't ever say sorry,
you're not deserve to be,
a perfect match for me..


 

Thursday 27 October 2011

let me free..

living in the castle,
look at the scenery from casement,
try to be free,
make me always waiting for you,
the king and queen say no to me,
if i talk about you,
in a day dream about you,


  don't let me be a damsel in distress,
  fill me up with all your loves,
  i'll be waiting for you with white dress,
  you are my true loves,


let me be your princess,
who love you so much,
  let me out from this cage,
  wanna live with you,
let me stay deep into your heart,
loving you forever,
  let's build the kingdom together,
  far away from here,


  tell everyone that you love me,
  against the people who want to stop our love,
  defend our love, honey,
  tell them our love is true love,

make grassland become flowery,
let the butterflies flies freely,
let the bird singing,
let's breath in the surrounding so deep,
happy ever after just for you and me..

bahagia bersamamu..

tutuplah deritaku dengan dengan belaian kasihmu,
bukalah ruang bahagia dengan memberikan hatimu,
simpan senyumanmu untuk aku tatap ketika rindu,
simpan kucupanmu untuk aku hilangkan pilu,


  aku bahagia bersamamu sayang,
  hati ini sudah kau miliki,
  kisah cinta dulu yang gelap kini terang,
  dengan belaian kasih mu yang hakiki,

setiap kali kau ucap cinta,
hatiku berbunga-bunga,
aku tahu hanya padaku kau curahkan segala,
aku berjanji hati dan perasaan ini untukmu selamanya,


  kau tak mungkin hilang dalam ingatanku,
  kenangan dulu ku imbas satu-persatu,
  segala dugaan kita jalani dengan jitu,
  tidak ada sesalan dalam hidupku kerana memilihmu..

Wednesday 26 October 2011

luahan hati...

aku harap kau dapat terimaku kembali,
lupakan kisah dulu, aku berjanji bahagia menanti,
bukan bermaksud dulu aku selalu berubah hati,
tetapi kegagalan cinta lama takut berulang lagi,


  aku minta maaf,
  memang aku yang bersalah,
  kalaulah ada ruang kemaafan untuk diri yang khilaf,
  akan ku jaga hubungan ini dengan amanah,


ku simpan memori lama sebagai kenangan,
hati ini ditutup rapat kini dibuka olehmu sayang,
aku yang tidak jujur, yang memainkan perasaan,
aku menunggumu dengan hati yang tenang,


  bukan bermaksud membencimu dulu,
  aku dah cuba, tapi hati tak menginginkan itu,
  kini hati ini hanya untukmu,
  terimalah kembali cinta ini sayangku..

Monday 24 October 2011

terperangkap!!

hye.=). terperangkap?? hmm. ok.. it was happen last night.. err. ta payah la b.inggeris.. hehehe.. ok. malam tadi ain ad tusyen add mt,, ngan ainafana, dayah, then, aina ajak ain blek same2 ngan die, ok.. then jalan2 dengan sejuknye.. Ya Allah.. menggigil kot. dah la ain yang bwak moto, lagi best time ad roadblock r.. mle2 aina yang bawak sbb ain ta bwak lesen.pastue smpai kat simpang len, ain plak bawak moto...hahaha.. then, aina ajak plak makan burger. aina cakap lepak kat G-mart.. then.. pergi r G-mart.. makan2.. pastue na blek, kitorng due orang terperangkap dalm kawasan pasaraya yang agak terkenal kat gemas uh. hah! best ta best r kan.. na menanges.. pusing ikot jalan belakang la.. jalan depan mmg sah2 pagar dye kunci,, msing da na menanges da... padan muke.. orang sbok study ain sbok bjalan.. pastue g r kat pak guard uh.. pastue dye suroh ikut jalan kantin.. kitorang pn ikot la. nseb bek ad jalan kuar.. hmm.. kalo ta.. ntah la..

kamu ada..

awan berarak menemani perjalananku,
seperti tidak mahu meninggalkanmu,
meneduhkan aku dari matahari,
dari pagi hingga tengahari,


  jauh perjalanan hinga tidak ku sedar,
  hampir satu Kuala Lumpur sudah ku putar,
  untuk tujuan apa tidak ku tahu,
  mungkin kerana mencari cintamu,


bosan hidupku tanpa kamu,
menjadikan hari-hariku tidak menentu,
aku harap kamu juga begitu,
tidak pernah berhenti memikirkanku,


  telefon dan mesejmu setiap hari,
  telah menjadi rutinku kini,
  disaat diriku berasa sunyi,
  pasti kamu ada si sisi..

mungkar, nangkir, malaikat maut, hidupan di dunia, mati..

 fyy spekie.=)
assalamualaikum.. hye. hehehe. hari nie ain na cter pasal tazkirah ustad Fyy Spekie.*fyy spekie*. siapakah... hehehe.. die kawan klas ain.. kire kamcing gak lha.. tadi kitorang ada klas chemist kat skola... pastue die cter r pasal tazkirah yang ta tau asal usulnye..=P.. k.. cter dye camnie.. ad seorang pemuda, kat dalam hutan, die trjumpe ngan harimau.. die minta tlong dngan Allah. 'Ya Allah, selamatkanlah aku dari dibaham harimau,.. Allah mkbulkan doanya dengan secara tiba-tiba dia ternmpak sebuah perigi.. then. die msok la perigi uh.. pastu, kat dalam perigi plak.. die perasan air kocak-kocak.. rupenye ad 2 ekor buaya dalam perigi uh..pastue die minta tlong ngan Allah lagi.. 'Ya Allah, selamatkanlah aku dari dibaham buaya.. pastue kat perigi uh ad tali.. die pn pnjat la gne tali uh..dekat tali tue plak, ad tikus hitam n putih.. tgah gigit tali.. tapi ta smpai atas r dye pnjat, ssb ada harimau tnggu kalo die nek.. then, tibe2 ad seekor lebah datang n madu yang dibawa oleh lebah berkenaan terkena kat pemuda tu.. kire msok mulot dye r.. n die rse r manis madu tue.. MORAL VALUE OF THE STORY..
=2 ekor buaya is MUNGKAR DAN NANGKIR,
=harimau is MAUT MENANTI,
=tikus hitam dan putih is JAHAT DAN BAIK,
=tali is HAYAT KITA
=lebah is KEMANISAN HIDUP DI DUNIA..

Sunday 23 October 2011

love,you, the roses..

i still remember that season,
season that bring us together,
behind the thorn at bough of the roses,
seen a bud of roses that blossom and pureness,


  wearing me the gorgeous roses gown,
  make it more beautiful with your true loves,
  don't ever let it wilt,
  even autumn sure will be coming,


i will wait for you,
dancing above beautiful petal roses,
only have you and me,
the memories that i never forget,


  promise me,
  i will forever for you,
  build me a nice rose garden,
  i will never let the rose die with fultility,

Saturday 22 October 2011

let me go..

let me die in your arms,
cry with your tears, and my blood,
let them flow in such tragic moments,
cry,cry,cry, keep on crying,

  when you found your love ones,
  remind me as your first love,
  remind her as your true love,
  don't make a love happen once,

when the rain comes,
you're the one she need,
don't let her go,
love her as you loves me,

  i let you go,
  let the memories flying,
  as the bird flying with singing,
  live with her with a happy life.

hatiku luka, ta mengapa..

jangan biarkan aku hidup dalam angan-angan,
angan-angan yang tidak berkesudahan,
sampai bila aku akan bertahan,
dengan soalan yang tidak berjawapan,


  lepaskan aku,
  kalau sudah tiada diriku dalam hatimu,
  jangan terus diseksa jiwaku dan hatiku,
  biarkan kisah cinta kita berlalu,

belajar mengahargai cinta,
kerana tiada cinta yang sia-sia,
penuhkan cinta itu dengan makna,
kalau mahu perjalanan cinta berjaya,

  biarkan aku dengan hidupku,
  usah difikirkan tentang diriku,
  kerana ku tahu,
  ku bukan lagi milikmu..

derita cinta..

semua orang melakukan kesalahan,
tiada yang terlepas dari kesalahan,
tetapi berapa ramai yang meminta maaf?
berapa ramai pula yang memaafkan,


  kadang-kadang aku fikir,
  untuk apa cinta kalau selalu sakit,
  tak pernah terlepas dari rasa sakit,
  walau untuk sementara,


cinta itu memang sakit,
cinta itu memang pedih,
cinta itu memang perit,

kalaulah cinta itu datang seperti angin yang disedut,
cinta itu pergi seperti menghembus nafas ke udara,
semua orang dapat merasainya,
semua orang merasa nikmatnya,
semua orang tahu menghargainya..

Wednesday 19 October 2011

hargai cinta ini, sayang..

segala yang ku inginkan ada pada kamu,
semoga kesetiaanmu kekal begitu,
diri ini hanya akan bersemadi bersamamu,
jadikan dua ini kekal bersatu,


  bukan kecantikanmu yang ku perlu,
  cukuplah sekadar kesederhanaan darimu,
  tiada yang terindah selain senyumanmu,
  terima kasih kerana menerimaku,


inginku ucapkan sayang padamu,
menggenggam erat tanganmu itu,
memberikanmu hadiah sebuah kesetiaan,
memungkinkan segala itu akan berkekalan,

  andai masa yang memisah,
  pasti ada waktu yang terpaut,
  kalau ada antara yang terpisah,
  kenangan cinta tetap terpaut..

Tuesday 18 October 2011

when lonely is friend..

feel's empty deep in my heart,
the feeling keep's going down,
try to reach the stars, it so hard,
but can't feel it when comes dawn,

  it just like mystery,
  all the scars bleeding again and again,
  i don't want to be misery,
  i hope it would be a good begin,

when night comes to dream,
i let the tears till dry,
a lot of scream,
just wanna make it a good try,

i like u..

when you smile,
my world feel nice for a while,
when you cry,
my dream becomes dark and turn wild,

  i want to stay together,
  i know that we loved each other,
  the feeling keep remains forever,
  only you for me forever and after,

you give me the light,
when you comes to me,
and i'll be wearing white,
when you come and run with me,

  how can i forget you,
  you are part of me,
  how can i let you go,
  your heart belongs to me..

Monday 17 October 2011

kenangan lalu biar abadi

ku menanti saat kau datang lagi,
tidak ku lupa saat kau pergi,
segalanya masih bersisa di hati,
peristiwa itu tetap di memori,

  sepi memandang hadiah itu,
  yang harus ku berikan kepadamu,
  kau tinggalkan aku dengan sisamu,
  kau pergi untuk sesuatu yang tidak ku tahu,

aku mengalah, kasih,
aku menangis, sayang,
aku terseksa, cinta,
tatkala diriku dihurung rindu,

  aku harap kau akan mencari,
  diriku yang menanti saat pasti,
  membawa senyuman yang kekal abadi,
  akan ku menunggu dan menemui,
  kasing, sayang, cinta yang suci..