Blogger Templates

Friends


Friday 9 December 2011

kesakitan di sisi, kebahagiaan menanti..

kau mengadu kesakitan,
penuh dengan rintihan dan kesedihan,
sungguh aku kasihan,
hidupmu penuh kesengsaraan,

bersabarlah dalam menghadapi ujian,
semua ini daripada tuhan,
untuk menguji kamu yang beriman,
Dia tidak akan beri ujian di luar kemampuan,

sayu hatiku melihatmu begitu,
tiada apa yang termampu dibantu,
hanya secebis kasih sayang daripadaku,
aku harap akan menjadi penguat semangatmu,

aku tetap berada disampingmu,
walaupun dalam keadaanmu begitu,
tidak terfikir untuk meninggalkanmu,
kerana bagiku,
hanya engkau kekasih hatiku,,

No comments:

Post a Comment