Blogger Templates

Friends


Tuesday 20 December 2011

akan aku kuat untukmu,,

kau dibayangi sejarah lama,
kau takut untuk melihat cerahnya cahaya,
kau terlalu lama memendam rasa,
kau, akan ku nanti selamanya,

ingin sekali ku kucup halus bibirmu,
ingin sekali ku belai lembut dirimu,
niatku terhenti tatkala tangisanmu,
menusuk derita dalam diriku,
kesedihanmu dirasai seperti peritnya nafasku,
inginku ucap cinta tapi ku tahan,

aku cuba menguatkan hatiku,
agar bertahan dengan dirimu,
walaupun peritnya badai,
tawamu ku nanti hingga saat ini,

jiwaku tercabar sayang,
tatakala aku menginginkan kebahgiaan,
kau masih dirundung penderitaan,
cerita lamamu tidak akan ku ulang,
percayalah, diri ini untuk kau seorang,,

aku amat mencintaimu sayang..

benarkan aku menyentuh hatimu,
supaya engkau berbahagia selalu,
benarkan aku mencintai dirimu,
supaya hilang kesakitan yang lalu,

tidak akan kusiakan walau sedetik,
dirimu adalah yang terbaik,
serikan wajahmu dengan senyuman yang menarik,
membuat hatiku sentiasa berdetik,

biarpun malam berganti siang,
siang berganti malam,
dirimu sentiasa terngiang-ngiang,
menyempurnakan hari ini dan semalam,

hatiku tidak dapat ku tahan,
dari mencintaimu wahai pujaan,
ketiadaanmu menjadi menjadi igauan,
aku mahu dirimu menjadi peneman,,

Sunday 18 December 2011

knp kene pakai shoutbox, bkan shoutmix??

hye..=) ngee~~ assalamualaikum,,ok,, bace tajuk uh. pkir blek, shoutbox ke shoutmix aku pnye eak?? hehe.. lek r. ta yah lha tngok tajuk uh macam na tembus lappy korang.. haha~~ gurau2.. ok.. ain rase ramai yan pakai shoutmix dari shoutbox, spe2 yng pakai shoutmix, msti perasan kat atas uh ad tulis, "important notice" hmm.. cer tngok korang pnye,, msti ad.. ok.. dulu pun ain pakai shoutmix, tapi skng bile korang da bkk web dier, korang akan tngok home dier camnei "klik3!" korang pnye yng classiq design, ain ad jgak test yng baru, lagi ssh sbb na kene msukkn itu lha, ini lha, itu akan membuatkan visitor korang bengang.. huhu.. ok.. ain nasihatkan korang pakai shoutbox.. klik3! mcam ain pye, function dier sme je.. =)

Saturday 17 December 2011

doa ketika kedatangan haid..

assalamualaikum..=) hye.. hmm.. tngok tajuk pn da tau kan?? ok. mle2 ain ingatkan na scan, memandangkan scan uh plak ta install lgi sbb lappy pn bru format, so, ta dpat lha na bg korng tulisan jawi. ok ain bg mksud dye je.. =).. jngn lha sedih.. huhu.. ok2. doa nie bce mase korng datng haid (prmpuan) =P sbb mse kite datang haid, kita ta dapt na kumpul pahala smbhyng sume2 uh, ayat nie dpat tmbah phale kite..


segenap puji bagi Allah dalam setiap keadaan, dan ku memohon ampun dan taubat kepada Engkau daripada dosa..

     selamat beramal..=)

Friday 16 December 2011

dulu, ketika, kini, akhirnya,,

dulu.
kau mengimpikan aku,
kau pujuk rayuku untuk menerimamu,
kau berharap kita akan bersatu,
kau berusaha membuka hatiku,

ketika,
aku menerima segala yang kau cipta,
aku mengharapkan kau bersama,
aku sedia menyayangimu selamanya,
aku mahu engkau membina mahligai cinta,

kini,
kau membiarkan aku pergi sendiri,
kau kata akan ada lelaki yang menanti,
aku menginginkan hanya kau di hati,
aku mahu kamu hingga mati,

akhirnya,
cerita yang kau reka,
musnah bersama angan yang ada,
aku yang mula menginginkan cinta,
kau yang menjauh dari semua,,

Wednesday 14 December 2011

cuak lak ai.. na bt pe nie?? post2 blogger Malaysia kat Indonesia??

hye.. assalamualaikum.. =) sttp.. pebende uh?? straight to the point lha.. korng nie.. hatoyai.. hari nie ain na bgtau pasal link2 blog blogger Malaysia yng smpai ke Indonesia.. ta cye?? ta cye sbb korng ta kne.. cbe korng kene,, haa.. msti cuak.. in your mind, msti fikir.. cne link bleh smpai sne?? yng pling best, siap ad salah satu post yng kite buat.. waaa~~ cam menarik jer.. ain cakap bnde nie, sbb ain kene.. huhui~~ haa.. na tngok web die,klik nie.. ok.. mle2 ain g kat google. gatal2 tngn taip lha missmulansepet.. pastue, atas2 tue sume link ain,, smpai bawah. kuar forum indonesia,, waahhh. da hebat. sampai Indon ain pye link.. (hebat mendenye!!) na menangis cari sourcesnye.. haha.. ok.. btw, ain ad jmpe link2 blogger yg lain.. it might be u?? ain ta tau.. tp ain ad snaraikan,, so, klik2 lha,, mane lha tau. korng pun kne cm ain. =)

haa.. nie senarai dier.. ain pye post ygn diorang aim, yng nie,  klik sini..!! ok,, byak lagi blog2 yng ain tngok, ain perasan,, kbanyakan post yng diorang aim, berdasarkan tajuk post korng, contoh, macam ain, cerita cinta kelakar,, ok, diorang aim, KELAKAR, so, byak tajuk post yng ada perkataan KELAKAR ad.. =)

Sunday 11 December 2011

kawan..


kita mungkin terasing dahulunya,
tetapi takdir Tuhan tiada siapa yang menyangka,
kau, aku, dia, dan semuanya,
menjadi sebahagian daripada cerita,

pernah dulu aku mengalirkan air mata,
kau datang dan menjadi bahan tawa,
membuatku senyum, kau puas bercampur bahagia,
tidak mungkin kenangan itu dibuang sahaja,

kaulah senang, kaulah susah,
walaupun ada diantara kita yang terpisah,
tetapi ikatan tidak mungkin musnah,

aku berjanji aku tidak akan melupakan,
susah senang, tangis tawa, semua kenangan,
bukan semua memori terasa kemanisan,
kau juga pernah memberikan rasa kepahitan,

berusaha bersama-sama memberikan kejayaan,
terharu jika dapat tumpang sebahagian,
menangis kebahagiaan melihat senyuman,
sebuah persahabatan yang berkekalan,

sumpah dan janji dari diri ini,
sungguhpun hati kecil, rapuh lagi,
aku dan kau, semuanya tersemat di hati,
kaulah sahabat sejati yang tak mungkin berganti,,

Saturday 10 December 2011

jangan sakitkan aku lagi..

kau datang tatkala senang menemani,
kau pergi tatkala susah menemani,
diri ini terasa dipermainkan,
kau biarkan aku menangisi keadaan,

sudah puas ku pujuk rayumu,
air mataku sudah kering untukmu,
kekecewaan terus berbekas dalam hatiku,
tidak mahu lagi aku terus membuang waktu,

membawa diri bersama air mata,
kau bukan pasanganku selamanya,
hakikat itu harus ku terima,
tiada madu, hanya racun semata-mata,

pernah dulu kau, aku panggil sayang,
tetapi kau tidak memandang,
kau menggunakanku untuk bersenang,
sedangkan aku mahu terus kau sayang,

jangan sakitkan aku lagi,
cuma ini permintaan di hati,
jangan pernah mencari diri ini,
aku tidak mugkin bersamamu lagi,

wahai bunga, pandanglah aku di sini,,

sudah lama ku impikanmu,
wahai simanis lagi ayu,
sungguhpun ku tahu,
yang mengimpikanmu bukan cuma aku,

wahai bunga, pandanglah aku di sini,
hatimu tidak mungkin ku sakiti,
tidak akan ada air mata yang jatuh ke pipi,
aku akan pastikan bahagia menanti,

wahai bunga, pandanglah aku di sini,
aku mengintaimu hampir setiap hari,
kau membuat hariku bertambah seri,
kapanlah hatimu dapat ku miliki,

senyumanmu membuat hatiku gementar,
lirikan matamu, ku gundah bercampur gentar,
aku menginginkanmu walaupun sukar,
tidak dapat memilikimu, hatiku gusar,,

hati yang pernah kau sakiti,

aku sudah cuba kuatkan hati,
agar dapat menerimamu kembali,
tetapi setelah apa yang terjadi,
kita bukanlah pasangan yang serasi,

kurelakan kau bersamanya,
walaupun hati tak rela, tapi ku cuba,
tersenyum pahit melihat kau dan dia,
tapi kau masih menanti peluang kedua,

ku tinggalkanmu kerana sayang,
bukan si dia menjadi penghalang,
cinta dulu perlahan hilang,
sisa kenangan sudah lama ku buang,

menangis sendirian,
termenung melihat keadaan,
akan ku cuba pulihkan keadaan,
walupun sukar untuk bertahan,,

maaf dari hati..=)

memori lama terkenang kembali,
mengalir air mata ke pipi,
tidak dapat ku tahan air mata ini,
ku tunduk mengesat kekecewaan bersemadi,

aku menolak cinta sucimu,
aku membantah kata manismu,
aku keraskan hati untuk dirimu,
aku tidak mahu engkau di hatiku,

engkau merayu supaya diterima,
sayang, cintamu memang tiada bandingnya,
engkau mencairkan maruah demiku,
engkau membiarkan aku menghinamu,

perasaan cintamu bertukar dendam,
terhadap semua wanita, hatimu kelam,
aku yang membiarkan bencimu mendalam,
kau mempertaruhkan dirimu untuk kenangan semalam,

aku salah dalam menilai diri,
aku mohon maaf dari sudut hati,
aku tahu kau tak mungkin berpaling lagi,
setelah aku melukai hati seorang insan yang sejati,,

Friday 9 December 2011

kesakitan di sisi, kebahagiaan menanti..

kau mengadu kesakitan,
penuh dengan rintihan dan kesedihan,
sungguh aku kasihan,
hidupmu penuh kesengsaraan,

bersabarlah dalam menghadapi ujian,
semua ini daripada tuhan,
untuk menguji kamu yang beriman,
Dia tidak akan beri ujian di luar kemampuan,

sayu hatiku melihatmu begitu,
tiada apa yang termampu dibantu,
hanya secebis kasih sayang daripadaku,
aku harap akan menjadi penguat semangatmu,

aku tetap berada disampingmu,
walaupun dalam keadaanmu begitu,
tidak terfikir untuk meninggalkanmu,
kerana bagiku,
hanya engkau kekasih hatiku,,

permata itu..

tidakkah kamu merasa,
dirimu itu sangat berharga,
lebih berharga dari permata,
kerana kamu idaman para jejaka,

belajarlah untuk menghargai diri,
kerana kamu tidak dilahirkan untuk mengorbankan diri,
kamu berhak untuk mencintai dan dicintai,
tetapi tidak untuk menggugat maruah diri,

penuhilah hidup dengan ajaran tuhan,
jadikannya sebagai pedoman,
biarkan masa silammu menjadi pengajaran,
buatmu berhati-hati di masa hadapan,

jangan terlalu bersungguh dalam bercinta,
kerana kamu masih terlalu muda,
banyak lagi yang boleh digapai di sana,
banyak lagi pengalaman yang perlu ditimba,,

Thursday 8 December 2011

blup-blup follower.. hehe.. await tinggal brpe jea??

hye.=) ngee~~ hehe.. bt pe? da mdy? shat ta? da mkn? hehe.. lelah na jawab satu-satu.. ok2.. hmm. semalam ain baru buat shoutmix, (baru buat?? orng len da ta pandang da bende uh) haha. untunglha ,, awak pndai bt, ain ta pndai bt,, =P.. ok.. ain hide shoutmix uh skli.. then, ble ain view, shoutmix uh bleh berjalan sampai ketengah plak.. haha..kalo korng panas nengok bende uh, smpai ketengah, korng off lappy uh, lappy tue ta panas, korng pun ta panas,, hahaha!! (gelak jahat)  pastue tibe2 ain tngok follower tinggal 43.. where's the rest?? na nges pun ad. all the effords, all my love in this blogger, haha.. (mengayat lha plak) =P.. rse cam. hmmm.. knp la bnd nie jd!! marah.. last2 ain sign out, n let the problem settle, n pada pagi yang mulia n sejuk nie~~ ain jmpe blik follower ain..=) ngee~~ hehe.. syang korng sume.. muah3! hehe.. ta ckop?? penyepak na?? haha. just kidiing.. bbye..<3 love u followers!!

Tuesday 6 December 2011

macam nie lha hari-hari..

bangun pagi lewat lagi,
pakai baju, capai kunci,
jangankan na mandi,
berus gigi pun ta sempat lagi,

masuk kerja pukul 8.00 pagi,
habis kerja kawan ajak joli,
balik pukul 1 pagi,
jangan tanya kenapa esok bangun lambat lagi,

makin lama makin menjadi-jadi,
bila lha diri nie na berubah sendiri,
sejuk hati mak aku nanti,

belajar daripada syaitan..



Syeikh Abdul Kader Jailani,
         
pada suatu hari, beliau tertidur hingga tidak sedar untuk solat subuh, tatkala itu, syaitan yang menjelma menjadi seekor kucing,  menggigit ibu jarinya untuk  mengejutkan beliau untuk mengerjakan solat subuh, beliau yang mengetahui itu adalah syaitan, bertanya kenapa syaitan itu, mengapa  mengejutkannya untuk bersolat subuh,  syaitan berkata kepadanya, bahawa, dia tidak mahu Syeikh Abdul Kader untuk mengerjakan ibadah lain sekiranya beliau tidak mengerjakan solat subuh.., Syiekh Abdul Kader akan menampung dosa tidak mengerjakan solat subuh dengan ibadat sunat lain.. =)

Sunday 4 December 2011

cerita cinta kelakar,,

pertame kali tengok sorang awek nie,
dye punye lawa, pergh! giler babi,
aku jumpe dye kat FB,
pastue aku anta msej peribadi,

selang berapa minggu,
dye balas mesej aku,
dye kate dye suke kat aku,
aku pun suke lha time tue,

aku ajak jumpe,
dye bleh cakap pe??
jom lha, ape salahnye,
dalam hati aku, "bertuahnye"

aku pun jmpe lha,
yang ta bleh blah,
gamba profil dye uh ntah spe ntah,
rpenya aku da kne tipu da..=)

cinta, cinta, cinta,,

hati memerlukan kasih sayang untuk menghidupkannya,
jiwa memerlukan rohani untuk menenangkannya,,
aku memerlukan kamu untuk menyempunakannya,
cintaku dan cintamu diperlukan untuk menyuburkannya,

kasih sayang memerlukan perhatian,
cinta memerlukan pengorbanan,
aku memerlukan kamu wahai pujaan,
sebagai pelengkap sebuah perhubungan,

akan ku jalani hari-hari,
bersama dirimu tanpa rasa sangsi,
selagi kamu berada di sisi,
sepi dahulu tidak bersamaku lagi,

aku bahagia bersamamu,
kerana kamu separuh dariku,
siang malamku,
sepanjang hidupku,
hanya untukmu cinta,,